BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH BAGI TAHUN 2010 | ||
Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapanya dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan adalah dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah yang disenaraikan:- | ||
(A) | BIDANG DAN PERINGKAT PENGAJIAN | |
1. | Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan | |
Sains Komputer | Kesihatan dan Perusahaan Ternak | |
Penyenggaraan Pesawat | Fisioterapi | |
Kejuruteraan | Pelancongan | |
2. | Ijazah Sarjana Muda Di Universiti Tempatan | |
Perubatan | Sains Nautika | |
Perubatan Veterinar | Sains Alam Sekitar | |
Pergigian | Pengajian Islam | |
Farmasi | Undang-undang | |
Kejuruteraan | Matematik | |
Ukur Bahan | Pendidikan | |
Seni Bina (Architectural) | Sains Tulen (Biologi/Kimia/Fizik) | |
Sains dan Teknologi Makanan | TESL (Teaching English as a Second Language) | |
Sains Bio Teknologi | Sains Komputer | |
Akuakultur | Teknologi Maklumat | |
Pengurusan Ladang | Teknologi Industri | |
Perhutanan | Ekonomi | |
Pertanian | Perakaunan | |
Perikanan | Pentadbiran Perniagaan | |
Sains Biologi Marin | Pengurusan Pelancongan | |
Pengurusan Risiko & Insuran | ||
3. | Ijazah Sarjana Muda untuk Universiti Luar Negara / Progam berkembar | |
KURSUS | NEGARA | |
Perubatan | Russia dan Indonesia | |
Pergigian | ||
(B) | KELAYAKAN MEMOHON | |
1. | Had Umur | |
1.1 Bagi Kursus (A)1, pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun | ||
1.2 Bagi Kursus (A)2 & 3, pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun | ||
2. | Kelulusan Akademik | |
Lulus SPM mendapat kepujian dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan matapelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Lulus dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Inggeris untuk Universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar. | ||
dan / atau; | ||
Lulus Sijil STPM dengan baik atau sekurang-kurangnya lulus Pengajian Am dan tiga matapelajaran yang lain dan berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan setaraf. (from: http://www.sabah.gov.my) |
Wednesday, March 24, 2010
Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment