Monday, March 22, 2010

Pray-Lectio Devina

LECTIO DEVINA (Bacaan Alkitab)

Lectio Devina dijalankan dengan menggunakan Alkitab. Alkitab atau Kitab Suci merupakan sumber segala sesuatu. Ia adalah sabda yang hidup yang diilhami oleh Roh Kudus. Dalam bacaan mestilah hati yang bebas dan tiada halangan dan hening. Masa yang paling sesuai ialah pada waktu pagi. Jangan baca dalam keributan, kerana kita tidak dapat mendengar sabda allah. Lakukanlah selama 1 jam atau 1 setengan jam atau 2 jam dalam persatuan dengan Tuhan.

Sebelum bermula mohonlah kehadiran Roh Kudus supaya tingal dalam diri kita, ketika bacaan Alkitab. Contoh: Datanglah Roh Kudus penuhilah hatiku, agar aku mendengar sabda allah.

Langkah:
1. Baca teks yang ditentukan.
2. Teks yang dibaca simpan dalam akal budi dan turunkanlah ke hati.
3 Renungkanlah sabda itu - buatlah meditasi. Apakah yang Tuhan kehendaki dalam hidupmu.
4. Pada saat ini nikmatilah dan rasakanlah sabda tuhan. Anda boleh berdoa dan buatlah penyesalan.
5. Langkah kontemplasi(Persekutuan dengan Tuhan). bersamalah dengan tuhan dan ulangi bahagian sabda yang menyentuh hati anda. Diam sahaja pada ketika ini. Pada ketika inilah anda akan berasa sentuhan tuhan, anda akan rasa mahu menitiskan air mata.

Ringkasan: Baca --> Renung --> Meresap --> Kontemplasi

No comments: