Monday, March 22, 2010

LENT DAY....PRAPASKA...


Mengerti ka kamu mengenai prapaska....

Antara lain tujuan Pra Paskah adalah untuk mengukuhkan iman untuk mereka yang bersedia untuk Sakramen Permandian, Sakramen Penguatan dan Sakramen Ekaristi. Para calon mempunyai masa 40 hari untuk memperbaharui iman atau pertobatan.

Selama 40 hari ini kita perlu berpuasa dan berpantang. Hari minggu dalam masa pra paskah tidak termasuk dalam hari puasa kerana hari ini adalah hari kebangkitan sang penebus.

Kenapa 40 hari?
Ini merupakan simbol di mana Yesus juga pernah berpuasa selama 40 hari di padang gurun sebelum memulakan pelayanannya di dunia.

Pra Paskah adalah musim yang suci, musim untuk menerima rahmat dan juga musim untuk menerima penyelamatan.

Pada permulaan Pra Paskah, kita menghadiri Misa Kudus Hari Abu. Kita ditandai tanda salib didahi dengan menggunakan abu. Tandanya adalah sebagai pertobatan dari dosa-dosa kita. Oleh sebab itulah kita ditandai "Bertobatlah dan Percayalah pada Injil."

Pada musim ini, bertobatlah dari dalam hati bukan pada musim Pra Paskah sahaja tetapi sebagai permulaan pertobatan seumur hidup. Adalah sangat penting untuk memperbaharui rohani kita seperti kita memasuki padang gurun rohani kita.

Musim ini juga merupakan retret bagi kita untuk melihat diri sendiri bagi memperbaharui kehidupan.

Ketika Yesus berpuasa di padang gurun, dia melakukan doa dan melihat dirinya sendiri, dia bergantung kepada Bapanya. Ketika dia lapar iblis pun datang mencobai dia. Akhirnya Yesus berjaya. Anda bagaimana dalam 40 hari ini?

3 percobaah yang dilalui oleh Yesus dapat diringkaskan iaitu: Iblis mencoba supaya jangan lagi percaya kepada Tuhan tetapi percayalah kepada diri sendiri. Sebab Yesus dengan kuasanya mampu melakukan apa sahaja. Jika dia percaya kepada diri sendiri buat apa lagi bergantung kepada Tuhan.

Pra Paskah juga mengambil simbol selama 40 tahun umat pilihan Tuhan untuk ke tanah yang dijanjikan. Kenapa 40 tahun? Sebab tuhan mahu mencobai iman mereka sekaligus mahu menguatkan kepercayaan mereka. Percobaan pertama ada pada bab 16. Orang israil ini sememangnya tidak tahan dengan cobaan. Mereka mengatakan "kuali besar berisi daging" bermaksud mereka mahukan hidup lama yang dipenuhi oleh dosa.

Terdapat 3 perkara yang perlu kita buat pada musim Pra Paskah iaitu:

A. Berpusa
Puasa bagi Katolik ialah bukan paksaan tetapi galakan dari Gereja. Apabila kita lapar, ingatlah bahawa kita hidup bukan dari makanan sahaja tetapi kita dihidupkan juga oleh Firman Tuhan. Oleh itu kita perlukan Sabda Tuhan setiap hari.

Bab 17 merupakan cubaan seterusnya di padang gurun. Kejadian in berlaku di Meriba. Percobaan ini juga berlaku kepada kita. Contohnya bila kita sakit. Kita akan berkata adakah Allah ada disisi kita?

Batu yang diambil oleh Musa merupakan Yesus Kristus. Jangan mencobai Tuhan.
B. Berdoa
Kita bercakap-cakap dengan Tuhan ketika kita berdoa. Bergantunglah sepenuhnya kepada Tuhan. Janganlah lagi mencobai dia. Doa menolong kita mengenepikan daripada cobaan dari si jahat. Hanya dengan doa sahaja kita dapat mengatasi segala cobaan.

Percobaan ketiga bagi Yesus, iblis menyuruh supaya menyembahnya bermaksud kita menjual diri kita kepada kekuasaan kejahatan. Dia menawarkan kemewahan dan kekayaan dan yesus bolehlah berbuat apa sahaja dia suka. Sekali lagi iblis mahu kita supaya menjauhi segala rahmat dari Tuhan.

Percobaan yang ketiga untuk umat Israel ialah membuat patung anak lembu. Harun menyuruh umat menanggalkan anting-anting serta gelang semata-mata untuk membuat lembu. Dalam percobaan ini, mereka telah membuat tuhan mereka sendiri dari bahan yang mereka miliki sendiri. Hal sedemikian juga terjadi kepada diri kita sendiri. Sebolehnya kita tidak benarkan Tuhan campurtangan dalam hidup kita. Kita lebih suka menyembah diri sendiri, iaitu milik kita sendiri, sepertimana patung lembu dibuat dari bahan yang dimiliki sendiri.

c. Menderma
Menderma sebenarnya membantu diri kita sendiri. Apabila menderma kita katakan bahawa duit ini bukan tuhan saya. Gereja menggalakkan kita menderma bagi mengelakkan diri kita menjadi seperti umat pembuat patung lembu. Oleh itu Gereja menyediakan sampul surat dan peti derma sepanjang pra Paskah ini.

Musim Pra Paskah ini, kita harus berjaga-jaga dan berdoa, kerana semakin kita baik, semakin itulah iblis datang untuk mencoba. Pada musim ini Tuhan mahu kita supaya kembali kepadanya. Marilah berjalan bersama Kristus untuk membaharui iman selama 40 hari ini.

Sumber: Ceramah musim Pra Paskah. (web:http://www.ourchurch.com)

No comments: