Friday, August 12, 2011

SMKN 3 Kuningan, Jawa Barat, Indonesia

SMKN 3 Kuningan....SMKN nama panjang nya....Sekolah Menengah Kejuruan Negeri...yg bermaksud, sekolah ni sekolah menengah atas (High school) yg menawarkan bidang kejuruan atau teknik. kalau di Malaysia dipanggil sekolah teknik..Negeri bermaksud sekolah dibawa tanggungan kerajaan yg sama seperti sekolah kebangsaan di Malaysia.

Sekolah in terletak di kabupaten Kuningan yg juga merupakan sekolah merintis sekolah yang bertaraf international, yang bermaksud sekolah yg didalam progress utk dijadikan sekolah bertaraf internasional..

sekolah ni menawarkan 7 kompetensi atau bidang kepada pelajarnya iaitu:
1. Teknik Gambar Bangunan

2. Teknik Konstruksi Batu dan Beton
3. Teknik Kendaraan Ringan
4. Teknik Sepeda Motor
5. Teknik Instalasi Teknologi Listrik
6. Teknik Audio Video
7. Multimedia

Pelajarnya majoriti terdiri daripada pelajar lelaki, perempuan sangat sedikit dan kebanyakan perempuan mengambil bidang Teknik Gambar dan bangunan dan Multimedia. Bidang yang lain rata-ratanya adalah pelajar lelaki.
Sekolah tersebut mempunyai lebih dari 100org pendidik, dan kebanyakkannya terdiri daripada anak jati Kabupaten Kuningan. Setiap guru mengajar bidang yang khusus semasa Ijazah. 

SMKN 3 Kuningan juga terkenal dengan disiplin yang ketat, walaupun sekolah tersebut hampir 80% pelajar lelaki. namun masalah disiplin amat sedikit berbanding SMA yang lain. Keberkesanan disiplin sekolah ini jelas nyata kerana terdapat ramai guru lelaki yang boleh menundukkan ego remaja lelaki. Pendekatan yang digunakan oleh guru lelaki juga berbeza berbanding guru perempuan terhadap pelajar lelaki. (ini patut dicontohi PPD di malaysia!!)

Sepanjang saya berada di sekolah ini, pelbagai info yang saya dpt termasuk budaya pendidikan indonesia sendiri. Harapan saya, semoga saya dapat melawat Indonesia lagi dimasa akan datang dan program sebegini dapat mematangkan kaum muda dinegara kita...disamping mengeratkan lagi hubungan antara dua negara.

untuk info lebih lanjut layarilahhttp://smkn3-kuningan.net
  



No comments: